Proklamasi Darurat 2021
Proklamasi Darurat 2021

Proklamasi Darurat 2021

Proklamasi Darurat 2021 merupakan sebuah pengisytiharan darurat di seluruh Malaysia pada 12 Januari 2021 sebagai langkah proaktif dalam membendung penularan wabak penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) di dalam negara. Pengisytiharan darurat ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.[1] Darurat ini dikuatkuasakan hingga 1 Ogos 2021 menyebabkan sistem perundangan digantung di peringkat persekutuan (Parlimen) dan negeri (Dewan Undangan Negeri). Perkara ini sekali gus menghalang penganjuran sebarang pilihan raya umum di Malaysia.[2]